click...click...click...

tekan je, senang cte...~

Thursday, November 25, 2010

Aku pembunuh...~



Bukan pintaku

hidup sbg pembunuh

Takdir yg menentukan

Mengharapkan ia akan berakhir

Suatu hari nnt….


Saban hari dihina dicaci

Oleh masyarakat yg membenci

Ke sana ke sini

Ku berlari mencari arah sendiri....


Ku cuba dan terus mencuba

Supaya segalanya terhenti

Tapi apakan daya

Aku hanyalah insan yg lemah

Tidak berdaya mengharunginya sendiri....


Kamu di luar sana

Berhenti merungut

Berhenti mencaci

Beri pertolongan kpd kami

Agar menjauhi segala najis ini

moga pembunuhan akan terhenti....


salam semua…

entry kali ni agak berlainan sedikit… sbb ada sedikit puisi d ats… knp?? Saje je… sbg satu bentuk serangan balas kpd entry terbaru blog rakan aku… dlm entry tersebut die ada mencaci & menghina golongan perokok… bukan nk marah, cuma nk buka kan minda agar tahu seba sedikit kebenaran…

ya, aku seorg perokok… knp?? Salah?? Mmg aku bersalah… semua yg merokok bersalah… merosakkan diri dan memberi kesan buruk pd yg laen… tp sedarkah kamu semua (yg x merokok) yg kami ini merokok bkn ats kehendak kami…

kami semua sudah tersilap jln... salah memilih kawan… bagaimana aku mula merokok?? Segalanya bermula time aku form 5… aku masih lg ingat time tu paper fizik utk SPM… aku merungut pd seorg kawan… aku beritahu dia yg aku tension study… mintak pandangan beliau, mungkin ada jln penyelesaian… bygkan bile seorg student TOP 1 sekolah member solution dgn merokok dpt memberi ketenangan…

aku yg x seberapa pandai ni, trus setuju bulat2… ptg tu die ajk aku dgn seorg lg kwn aku naek ke dorm kosong d tgkat paling ats asrama… katanya die curi rokok tu kat tandas… tempat biasa bdk2 nakal simpan rokok takut kantoi dgn warden… x taw plak die ni stalker…

kalo sape2 yg merokok, mesti korang tahu cmna rasanya merokok rokok Dunhill utk kali pertama… aku yg x tahu pape ni terus mngikut… satu pam, dua pam, tiga dan seterusnya… aku makin seronok… habis sebtg, aku beritahu kawan aku yg aku nk rehat sekejap…aku baring ats katil… 2 rakan yg laen balik ke dorm masing2…

tanpa aku sedar aku terlelap sorg2 sampai ke maghrib dek ‘khayal’ yg keterlaluan… percubaan kali kedua, aku pening sampai kena papah masuk dorm… tp itu semua sementara…. Dr hari ke hari aku semakin kuat utk menerima nikotin yg ada dlm rokok…

skrg ble dah lame merokok, rasa mcm nk berenti… rasa membazir tu selalu dlm kotak pemikiran…. masyarakat skrg x menerima perokok ni… kotor, busuk, bodoh & hina semua dilemparkan… tp tahukah korang, betapa ssh nya seorg perokok nk berhenti… mereka perlukan sokongan moral dr org laen…

aku?? Dah byk kali percubaan berhenti merokok… paling lame sebln, time puasa tahun 2008 dlu… tp ble raya, start blk… knp?? Aku merokok ke x, mana da org peduli… aku x bet kat sape2 pon…

baru2 ni harga rokok naek lg… smgt nk merokok kembali pudar… tp mcm biasalah…sekejap je… ble dah

biasa dgn harga baru, tegar blk… nk buat cmna kan… harga myk naek seposen dua, suma naek hangin… kalo boleh nk roboh2 kan rumah PM… tp harga rokok naek, xkan nk merusuh gak kot… trima je la takdir…

sampai skrg, aku still lg mencuba utk berhenti merokok… tp ble dipikir2 kan, akhir nnt aku akan kembali merokok…sampai bila harus begini??

p/s: sampai skrg aku masih mencari siapa yg boleh mendorong & beri sokongan utk aku berhenti tabiat buruk ni… meng-HENTI-kan tabiat merokok utk perokok besar pahalanya… spt kamu menyelamatkan seorg manusia ke lembah maut yg sia2…~



5 comments:

carr said...

salam..
cuba bygkan ea..
bpe bnyk duit habis bler kita merokok
dan kira purata sampai sekarang

rs2 dah boleh bli ape?

akubukanpuitis said...

=)

kami di klinik pergigian UKM ada memberi khidmat utk mereka yg benar-benar ingin berhenti merokok.

tidak menyalahkan, cuma kesal dgn sikap bangga perokok yang tak tau nilai bahayanya kepada org lain. mungkin boleh merokok di tmpt tiada orang, utamakan ibu mgandung, kanak2 kecil, mereka yg m'hadapi masalah respiratori dan juga orang tua.

cayok amir!!! =D

FIPPER TONGGEK said...

tidak maarah pada golongan perokok apatah lagi membenci. tapi marah degnan sikap mereka yang tidak matang. alasan tidak seharusnya diberikan walaupun sekecil-kecil alasan..perkara yang tidak elok seharusnya boleh dielakkan degnan menggunakan akal fikiran yang matang .tak cuba untuk berhenti? seharusnya boleh jika benar bersungguh-sungguh..kesungguhan utk sesuatu itu amat penting..jadi fikirlah

Muslimah Optimis said...

ingat mak dan ayah. ada seorang kawan MO yang berazam nak berhenti merokok dia cakap kat mak dia "abang nak berhenti merokok, nak simpan duit eruntukan beli rokok untuk kawen"... sekarang dia dah berjaya kurangkan dari hampir 30 batang rokok sehari kepada 6 batang sehari.. taget dia hujung tahun ni dia dapat berhenti terus.. so setiap hari dia akan repot pada MO berapa batang dia merokok.. MO jadi kaunselor sekejap dalam memastikan dia berjaya berhenti merokok..

semoga kamu terus kuat.. :-) sayang duit tu... bagi kat MO pon bagus..hehe

amer_hoosynie said...

trima kaseh d atas sokongan rakan2 semua....semoga doa & harapan kalian menjadi dorongan utk aku trus berhenti drpd perbuatan sia2 ini~ =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails